Hubungan Majikan - Pekerja

 1-8 IX. PINDAAN PERLEMBAGAAN 27. Perlembagaan MBJ boleh dipinda dalam mana-mana mesyuarat MBJ. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Pindaan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh MBJ hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, JPA untuk kelulusan. 28. JPA sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan. Segala keputusan yang dibuat oleh JPA adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang sedang berkuat kuasa. X. CONTOH PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN 29. Contoh perkara-perkara yang boleh dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut: 29.1 Kewangan dan kemudahan (a) kelewatan bayaran balik tuntutan perjalanan; (b) peruntukan latihan yang tidak mencukupi; (c) kelewatan pembekalan pakaian seragam; dan (d) urusan kelewatan meluluskan cuti. 29.2 Pentadbiran (a) kemudahan/keselesaan ruang pejabat; (b) isu penggiliran waktu bekerja syif; (c) isu parkir kenderaan; (d) isu penyelenggaraan bangunan dan peralatan pejabat; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy