Hubungan Majikan - Pekerja

 1-7 24.4 minit yang diterima perlu direkodkan oleh Agensi Induk dalam Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ menggunakan format seperti di Lampiran VIII. Maklumat-maklumat yang perlu direkodkan adalah seperti berikut: (a) tarikh pelaksanaan mesyuarat MBJ; dan (b) medium penghantaran minit mesyuarat daripada jabatan. 24.5 Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ yang telah lengkap serta Jadual Pengelasan dan Penyelesaian Isu daripada jabatan-jabatan perlu dikemukakan kepada Agensi Pusat mengikut tempoh berikut: Bil. Perkara Tempoh Mesyuarat MBJ Tempoh Penghantaran Laporan 1. Laporan MBJ Bilangan 1 Januari - April Mei 2. Laporan MBJ Bilangan 2 Mei - Ogos September 3. Laporan MBJ Bilangan 3 September - Disember Januari (tahun berikutnya) 25. Bagi pelaksanaan mesyuarat MBJ oleh Agensi Induk, minit mesyuarat dan Jadual Pengelasan dan Penyelesaian Isu perlu dikemukakan kepada Agensi Pusat. Agensi Induk hendaklah menggunakan Submodul MBJ HRMIS 2.0 semasa, bagi melaksanakan perkara ini. Maklumat tersebut juga perlu direkodkan dalam Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ. 26. Ringkasnya, carta alir dan senarai semak peranan urus setia MBJ Agensi Induk adalah seperti di Lampiran IX dan X.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy