Bab C

V. CUTI KERANA BERKURSUS Cuti berkursus. (47). 36. Seseorang pegawai yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui samada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan samada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut: (i) bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu; (ii) bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan (iii) bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleb urusan-urusan perjalanan tempatan. Cuti akademi menghabiskan cuti rehat. 37. (a) Sebarang tempoh dalam masa kursus yang kurang daripada 12 bulan yang pegawai bercuti akademi atau penggal akan di tolak dari apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. mukasurat 10 Sekiranya jumlah cuti akademi atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas menamati kursus itu kelak. ( b ) Seseorang pegawai yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu. 38. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti rehat tidak melebehi 14 hari kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari cuti rehat yang ia akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula. Cuti rehat selepas berkursus lebih 12 bulan. VI. CUTI TIDAK BEREKOD 39. Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai boleh diberi oleh Ketua Jabatannya cuti perayaan yang tidak melebihi 5 hari dalam sesuatu tahun bagi menyambut perayaan-perayaan bercorak ugama atau adat mengikut ugama atau adat masing-masing. Cuti perayaan ini tidak boleh diambil lebih daripada sehari pada satu- satu perayaan. Hari-hari yang diluluskan untuk cuti perayaan adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Cuti perayaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy