Bab C

40. Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu. Cuti gantian. (Bab H 15). 41. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran A boleh diberi cuti tidak berekod oleh Ketua Jabatannya selama tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak dari cuti rehat pegawai. Sekiranya, pegawai tiada mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hendaklah diperolehi. Cuti latihan pasukan sukarela. 42. ( a ) Seseorang pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan di Lampiran B atau lain-lain pertubuhan atau persatuan yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa, boleh dibenarkan cuti tidak berekod tidak melebihi 14 hari bagi menghadiri kursus latihan atau khemah tahunan pertubuhan atau persatuan tersebut yang diadakan dalam Malaysia. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan pergi ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada di atas akan dipotong dari cuti rehat pegawai dan sekiranya ini telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji. Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan. ( b ) Kemudahan cuti yang sama boleh juga diberi kepada pegawai- pegawai yang menghadiri kursus-kursus di Sekolah Latihan Semangat, Latihan Pimpinan Belia di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Cuti lain-lain kursus. mukasurat 11 ( c ) Cuti-cuti di ( a ) dan (b) akan diluluskan mengikut budibicara Ketua Jabatan, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Kuasa meluluskan latihan seberang laut . ( d ) Bagi kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di seberang laut, kuasa yang boleh meluluskan cuti tidak berekod ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama. 43.( a ) Seseorang pegawai yang menjadi ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah membuat akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-bila masa dalam masa 2 tahun selepas kursus itu iaitu sekiranya ia dijemput atau dilantik ke sebarang jawatan, boleh diberi cuti tidak berekod tidak melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus kerjasama di Maktab

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy