Bab C

PERINTAH-PERINTAH AM BAB C CUTI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1974 mukasurat i PERINTAH-PERINTAH AM BAB C CUTI PENDAHULUAN PERINTAH-PERINTAH Am Bab C, Cuti, ini telah diluluskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai menggantikan Perintah-Perintah Am Bab C yang telah dikeluarkan dalam Tahun 1957. 2. Tarikh kuatkuasa Perintah-Perintah Am Bab C yang baru ini ialah 1hb Januari, 1974. 3. Dengan berkuatkuasanya Perintah-Perintah Am Bab C ini, maka semua peruntukan dalam Perintah-Perintah Am Bab C Tahun 1957 itu adalah dengan ini dibatalkan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA 1hb Januari, 1974 mukasurat ii

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy