Bab C

Penyakit berbalik. (33). 32. Seseorang pegawai yang penyakit tibinya atau penyakit kustanya atau penyakit barahnya berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 11 pada bila-bila masa, tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah-faedah cuti itu sepenuhnya. Walau bagaimanapun ia hendaklah diberi sebarang baki faedah cuti yang ada lagi baginya dan ia hendaklah diberi rawatan percurna terus menerus termasuk pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan. Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai setelah menghabiskan apa-apa baki cuti di bawah Perintah Am 31 akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu mengikut budibicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah Lembaga Perubatan. Cuti- cuti ini boleh dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji mengikut pertimbangan Kuasa Tertentu. Pegawai mendapat penyakit di luar Malaysia. (34). 33. ( a ) Seseorang pegawai yang didapati mengidap penyakit tibi, kusta atau barah semasa sedang bercuti di luar Malaysia akan diberi cuti- cuti seperti di Perintah Am 31 dengan syarat ia memenuhi peraturan peraturan dalam Perintah Am 20. ( b ) Seseorang pegawai di ( a ) yang sedang bercuti tanpa gaji tidak akan berkelayakan mendapat elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 ( b ). IV. CUTI HAJI Cuti haji sekali sahaja. (36) 34. Cuti haji sekali sahaja. (Kelayakan Cuti Haji) Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cuti penggal sekolah bagi guru-guru atau cuti tanpa gaji. Syarat-syarat cuti. 35. ( a ) Syarat-syarat cuti. Cuti Haji boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk Kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun dan telah disahkan dalam jawatannya. Cuti Haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; dan kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tajun secara berterusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy