Previous Page  15 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

9 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

5.

Pengauditan

Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengenal pasti insiden keselamatan aset ICT atau

keadaan yang mengancam keselamatan aset ICT. Dengan itu, semua log yang

berkaitan dengan aset ICT perlu disimpan bagi tujuan jejak audit.

6.

Pematuhan

DKICT JPA hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke

atasnya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan ICT.

7.

Pemulihan

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan kebolehcapaian

bagi meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada

ketidaksediaan dan ketidakbolehcapaian. Pemulihan boleh dilakukan melalui proses

penduaan (

backup

)

dan mewujudkan Pelan Pemulihan Bencana(DRP) di bawah Pelan

Kesinambungan Perkhidmatan (PKP).

8.

Saling Bergantung

Setiap prinsip adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung antara satu sama

lain. Dengan itu tindakan mempelbagaikan pendekatan dalam menyusun dan

mencorak sebanyak mungkin mekanisma keselamatan, dapat menjamin keselamatan

yang maksimum.