Previous Page  10 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 10 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

4 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

DKICT JPA merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik dan bukan

elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan kebolehsediaan

kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah

seperti berikut:

1.

Kerahsiaan – maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan

akses tanpa kebenaran.

2.

Integriti – data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas kini. Ia hanya

boleh diubah dengan cara yang dibenarkan.

3.

Tidak boleh disangkal – punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah

dan tidak boleh disangkal.

4.

Kesahihan – data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya.

5.

Kebolehsediaan – data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa.

Selain itu, langkah-langkah ke arah keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian

yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT,

ancaman yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut, risiko yang mungkin timbul dan

langkah-langkah pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan.