Previous Page  11 / 133 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 133 Next Page
Page Background

Versi:

2.4

Muka Surat:

5 dari 114

DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia

Tarikh Akhir Kemaskini

27 Feb 2018

SKOP DASAR KESELAMATAN ICT JPA

Sistem ICT JPA terdiri daripada organisasi, manusia, perisian, perkakasan, telekomunikasi,

kemudahan ICT, data dan maklumat. JPA telah menetapkan keperluan-keperluan asas

keselamatan seperti berikut:

1.

data dan maklumat termasuk

hardcopy

dan

softcopy

hendaklah boleh diakses secara

berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan dengan cara yang boleh dipercayai. Ini

adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan

dilakukan dengan berkesan dan berkualiti.

2.

semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik

mungkin pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan melindungi

kepentingan JPA.

Bagi menentukan sistem ICT ini terjamin keselamatannya sepanjang masa, DKICT JPA ini

merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat ICT kerajaan yang dimasuk,

diwujud, dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar dan yang dibuat salinan. Ini

akan dilakukan melalui penubuhan dan penguatkuasaan sistem kawalan dan prosedur dalam

pengendalian semua perkara-perkara berikut:

1.

Data dan maklumat

Semua data dan maklumat yang disimpan atau digunakan di pelbagai media atau

peralatan ICT.

2.

Peralatan ICT

Semua peralatan komputer dan

peripheral

seperti

server

,

firewall,

komputer

peribadi, stesen kerja, kerangka utama, pencetak, peralatan multimedia dan alat-alat

prasarana seperti

Uninterruptible Power Supply

(UPS), punca kuasa dan lain-lain.