SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 82 PENGURUSAN PRESTASI MyPERFORMANCE NILAI SEPUNYA VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN siapakah yang perlu ditetapkan sebagai PRS3? memadai dengan Penilaian Kendiri, Penilaian PPP dan Penilaian PRS2. 6 Apakah yang berlaku sekiranya bilangan P3P tidak menepati keperluan minimum pegawai penilai? Memberi impak kepada skor maklum balas yang diperoleh PYD berdasarkan hasil penilaian P3P. 7 Adakah penilaian Nilai Sepunya perlu dibuat dalam tempoh sukuan ketiga sahaja seperti sub modul yang lain? Tiada tempoh khusus yang ditetapkan. Tempoh penilaian nilai sepunya adalah bergantung kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan oleh agensi. Berdasarkan Surat Edaran JPA bertarikh 3 November 2021, Lampiran B : Jadual Pengurusan Prestasi Tahunan Secara Dual System, penilaian nilai sepunya oleh P3P dicadangkan pada bulan Februari (minggu pertama & kedua) bagi tahun prestasi sebelum. 8 Apakah kaedah penilaian sub modul ini? Sub modul ini menggunakan kaedah penilaian berbentuk 360 darjah oleh Pegawai Penilai Pelbagai Peringkat (P3P) yang bermaksud pegawai di jawatan lebih tinggi, setara atau lebih rendah yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD. 9 Di manakah pentadbir boleh mengemas kini maklumat P3P selepas janaan sesi atau semasa tempoh penilaian sekiranya berlaku perubahan kepada pegawai penilai? Pengemaskinian pegawai penilai boleh dibuat oleh pentadbir pada menu Dashboard Pentadbir Pemantauan Nilai Sepunya  Selenggara P3P. 10 Bolehkah P3P daripada unit/ bahagian atau agensi lain daripada PYD? Boleh. Pentadbir boleh menetapkan P3P ke atas PYD daripada pegawai yang bertugas di jabatan yang sama atau jabatan yang berlainan tetapi mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy