SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 81 PENGURUSAN PRESTASI MyPERFORMANCE NILAI SEPUNYA VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Adakah Pegawai Yang Dinilai boleh mengetahui siapa P3P yang membuat penilaian ke atas dirinya? Tidak boleh. Berdasarkan Surat Edaran Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023 bertarikh 3 November 2021, Lampiran A2 - para 1(h) menyatakan penetapan dan hasil penilaian P3P adalah bersifat sulit. 2 Berapakah bilangan penilai untuk setiap Pegawai Yang Dinilai (PYD)? Bilangan P3P bagi seorang PYD adalah minimum tiga orang dan maksimum 10 orang termasuk penilaian kendiri oleh PYD. 3 Adakah kemungkinan seorang penilai akan menilai ramai PYD? Ya. Bilangan PYD yang perlu dinilai oleh P3P bergantung kepada penetapan pegawai penilai yang merangkumi kategori berikut: 1) Penilaian Kendiri: Wajib. 2) Penilaian Pegawai Seliaan: Wajib. 3) Rakan sekerja atau pegawai atasan: bergantung kepada penetapan sistem/ manual. 4 Sekiranya PYD tiada pegawai seliaan, siapakah yang akan menilai PYD sebagai PRS3? Sistem akan menetapkan PRS3 secara automatik berdasarkan gred jawatan yang lebih rendah daripada PYD daripada Unit Organisasi yang sama atau penetapan pegawai yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD secara manual oleh pentadbir. 5 Sekiranya PYD merupakan pegawai yang mempunyai gred jawatan paling rendah di agensi, Tidak perlu penetapan PRS3 kepada PYD. Bilangan minimum P3P bagi seorang PYD adalah tiga orang dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy