SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 77 PENGURUSAN KOMUNIKASI DAN TATATERTIB PEKERJA PENGURUSAN PERHUBUNGAN MAJIKAN-PEKERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN VERSI : 2.0 DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 7 Bagaimana ingin mengemaskini tajuk Minit Mesyuarat MBJ yang telah dihantar? Nama tajuk Minit Mesyuarat tidak boleh dikemaskini kerana ia merupakan primary key (kunci utama) kepada maklumat sedia ada. 8 Bagaimana Setiausaha Pegawai / Urus setia MBJ ingin menyalurkan Minit mesyuarat MBJ ke JPA atau Agensi Induk melalui HRMIS? Kemudahan memuat naik Minit Mesyuarat MBJ telah disediakan di dalam HRMIS melalui fungsi Selenggara Maklumat Mesyuarat MBJ di ruangan Muat Naik Dokumen. Pastikan minit mesyuarat yang dimuat naik telah ditandatangani oleh setiausaha pegawai dan setiausaha pekerja MBJ. 9 Siapakah pegawai yang boleh mengemaskini minit mesyuarat MBJ? Minit mesyuarat MBJ boleh dikemaskini/tambah oleh urus setia MBJ agensi atau setiausaha pihak pegawai. Urus setia juga boleh menghantar minit mesyuarat tersebut. 10 Sekiranya minit mesyuarat telah disahkan, adakah agensi boleh membuat pindaan minit mesyuarat? Agensi tidak dibenarkan untuk membuat pindaan minit mesyuarat sekiranya status telah disahkan. Sekiranya minit mesyuarat telah dihantar dan belum diambil tindakan, agensi boleh membuat pindaan dimana pegawai pelulus perlu mengembalikan rekod kepada agensi untuk membuat pindaan semula. 11 Berapakah jumlah mesyuarat yang perlu dikemaskini dalam fungsi MBJ? Jumlah bilangan mesyuarat perlu diisi sebanyak 3 kali setahun/4 bulan sekali mengikut tempoh bagi mesyuarat Bil 1 (Januari-April), Bil 2 (Mei-Ogos), Bil 3 (September-Disember). Walau bagaimanapun mesyuarat MBJ boleh dilaksanakan melebihi 3 kali setahun tertakluk kepada keperluan jabatan dan keputusan/kelulusan Pengerusi MBJ.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy