SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 57 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN TUNTUTAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 20 Kenapakah tiada maklumat akaun bank pada paparan tuntutan saya? Maklumat bank tidak dipaparkan kerana penetapan di Rekod Peribadi tidak dikemas kini. Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh Pemilik Kompetensi untuk tambah/kemas kini /pinda maklumat bank di modul Rekod Peribadi: 1) No akaun bank HRMIS mesti sama dgn no akaun di iGFMAS (kerana iGFMAS adalah akaun pembayaran gaji Pegawai); 2) No akaun di HRMIS ditetapkan sebagai tujuan Gaji; 3) Jenis akaun di HRMIS ditetapkan sama ada Simpanan/Simpanan Islam/Semasa/Semasa Islam sahaja; 4) Status akaun mesti aktif; dan 5) Klik butang Hantar untuk disahkan oleh Pentadbir. 21 Kenapa jumlah kelayakan elaun berwarna merah? Jika permohonan boleh dihantar, mohon abaikan paparan warna merah tersebut kerana ia hanya petunjuk nilai masukan dan bukannya ralat. Tetapi jika masih tidak boleh dihantar, mohon kemukakan aduan ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) https//:spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya. 22 Kenapa kelayakan jumlah hari disenarai tuntutan tidak tepat dengan jumlah sebenar? Sila pastikan tarikh perjalanan, waktu bertolak dan waktu sampai dimasukkan dengan tepat di ruangan Kenyataan Tuntutan. Pastikan juga kekotak tamat hanya ditandakan pada baris akhir perjalanan (hari pulang/tamat setiap tugasan rasmi).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy