SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 56 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN TUNTUTAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 16 Adakah elaun memangku dikira di dalam kadar bayaran elaun lebih masa? Tidak. Merujuk kepada Perintah Am Bab G 1974, elaun memangku yang diterima pegawai tidak dicampur ke dalam gaji hakiki untuk pengiraan kadar bayaran lebih masa. Berikut merupakan maklumat yang berkaitan: 1) Kadar bayaran bagi kerja-kerja di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran. 2) Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8. 17 Bagaimana Pentadbir Tuntutan ingin melihat maklumat permohonan tuntutan Pemilik Kompetensi di bawah seliaan beliau? Pentadbir tuntutan boleh melihat tuntutan Pemilik Kompetensi lain melalui menu Papar Status Permohonan dengan membuat carian melalui no KP dan/atau no rujukan permohonan. 18 Mengapakah paparan ralat "Anda tidak layak memohon elaun kerja lebih masa"? Ia berlaku kerana penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat belum dibuat pada tarikh permohonan. Mohon log aduan ke sistem SPMB JPA https//:spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya. 19 Kenapakah maklumat gaji tidak dipaparkan di dalam permohonan tuntutan saya? Pentadbir perlu mengemas kini elemen gaji di modul Profil Perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy