SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 55 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN TUNTUTAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 12 Apakah Perbezaan Bayaran Balik Letak Kenderaan dan Bayaran Letak Kereta? 1) Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah bayaran tetap bulanan yang dijelaskan oleh pegawai kepada pengusaha parkir awam yang mengenakan bayaran kepada kenderaan yang diletakkan di kawasan berbayar tersebut. Had tuntutan maksimum bagi Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah RM90 sebulan. 2) Sementara Bayaran Letak Kereta ialah bayaran yang dijelaskan oleh pegawai setiap kali dia meletakkan kenderaannya di kawasan parkir secara tidak tetap (sekali-sekala). Tiada had tuntutan maksimum bagi Bayaran Letak Kereta. 13 Mengapa agensi saya tidak dapat membuat permohonan tuntutan? Ia berlaku kerana penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat belum dibuat pada tarikh permohonan. Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA melalui pautan https//:spmb.jpa.gov.my untuk tindakan pemilik modul. 14 Agensi saya ada sistem Pengurusan Maklumat Pegawai. Bolehkah digunakan untuk diintegrasikan dengan HRMIS untuk melaksanakan modul tuntutan? Buat masa ini, sistem seperti itu tidak boleh diintegrasikan dengan HRMIS untuk pelaksanaan modul Tuntutan kerana fungsi ini hanya menggunakan maklumat dan data yang terdapat di dalam HRMIS sahaja. 15 Bagaimana pelaksanaan pegawai syif dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa? Pelaksanaan pegawai syif dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa ditentukan melalui penetapan Waktu Asas Bekerja di Profil Perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy