SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 181 PENTADBIRAN SISTEM PENYELENGGARAAN REKOD PROFIL PERKHIDMATAN DAN SANDANGAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN PENTADBIR NO SOALAN JAWAPAN 10 Bagaimana hendak menambah maklumat Gred Gaji yang tiada di senarai pilihan gred skim? 1) Bagi skim yang terlibat rasionalisasi skim perkhidmatan - Penyeragaman Gred Jawatan/Kod Gaji Di Gred Lantikan Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan SPM Dan STPM/Diploma, Kerajaan telah memutuskan supaya Gred 17 dan Gred 19 diseragamkan kepada Gred 19, manakala Gred 27 dan Gred 29 diseragamkan kepada Gred 29. Oleh itu, gred gaji bagi skim tersebut tidak lagi dipaparkan dalam senarai pilihan gred. Contohnya, gred F17, S27, W27. 2) Sekiranya terdapat keperluan bagi menambah gred gaji tersebut, mohon log aduan ke melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya. 11 Bagaimana selenggara mata gaji Pemilik Kompetensi melebihi mata gaji maksimum (langgar dinding)? 1) Bagi mata gaji Pemilik Kompetensi yang telah melebihi Petunjuk Gaji MAX dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) SSM, adalah layak dikemaskini ke Kadar Pergerakan Gaji Berasaskan Kadar Tetap 3 % mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2015. 2) Sekiranya masih bermasalah, mohon log aduan ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya. 12 Bagaimana ingin selenggara mata gaji Pemilik Kompetensi berkurangan daripada mata gaji minimum kerana (dikenakan tindakan tatatertib)? Mohon log aduan melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy