SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 180 PENTADBIRAN SISTEM PENYELENGGARAAN REKOD PROFIL PERKHIDMATAN DAN SANDANGAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN PENTADBIR NO SOALAN JAWAPAN 7 Bagaimana hendak mengemaskini maklumat tarikh sandangan yang tidak tepat dan terdapat penempatan tiada dalam senarai sandangan (sandangan backdated)? 1) Maklumat tarikh sandangan yang tidak tepat adalah tidak boleh dikemaskini di Selenggara Sandangan Pemilik Kompetensi, berikutan pengemaskinian maklumat ini akan memberikan kesan kepada penyandang lain pada perjawatan sandangan tersebut. 2) Sehubungan itu, disyorkan agar pengemaskinian semula maklumat tarikh sandangan dan juga sandangan yang tiada mengikut Buku Perkhidmatan pegawai disalin dan ditambah melalui Selenggara Sejarah Perkhidmatan. Setelah itu, kesemua sandangan terdahulu boleh dihapuskan, dan hanya sandangan terkini sahaja dipaparkan di senarai sandangan. 8 Bagaimanakah cara untuk membuat sandangan baharu memandangkan Pemilik Kompetensi sebelum ini di bawah HRMIS PDRM? Pentadbir perlu mewujudkan terlebih dahulu rekod Pemilik Kompetensi dengan mengunakan ID awam (Nombor IC) di HRMIS bagi membolehkan sandangan dilakukan. 9 Bagaimanakan cara untuk putus sandang bagi pegawai yang masih dalam penanggungan kerja? Mohon pentadbir agensi menamatkan/ membatalkan aktiviti tanggung kerja pegawai terlebih dahulu sebelum tindakan putus sandang boleh dilakukan. Sekiranya masalah masih berlaku mohon log aduan ke melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy