SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 179 PENTADBIRAN SISTEM PENYELENGGARAAN REKOD PROFIL PERKHIDMATAN DAN SANDANGAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN PENTADBIR NO SOALAN JAWAPAN 5 Mengapa pentadbir tidak berjaya membuat sandangan kerana sandangan melalui carian Kod Jawatan Sebenar tidak memaparkan hasil carian? 1) Pentadbir perlu mewujudkan status kekosongan jawatan Kosong - Perlu Pengisian - Calon Belum Dikenalpasti (KNPB) terlebih dahulu pada Kod Jawatan Sebenar tersebut. 2) Status kekosongan jawatan boleh ditambah melalui menu Data Perjawatan  Jawatan Sebenar  Selenggara Jawatan Sebenar  Cari Jawatan Sebenar  Masukkan Kod Jawatan  Kemaskini Status Kekosongan Hakiki  Tambah  KNPB - Kosong - Perlu Pengisian - Calon Belum Dikenalpasti. 6 Sandangan terdahulu dan sandangan terkini ada jurang tarikh, apakah penyelesaiannya? (disebabkan Pemilik Kompetensi bertukar status lantikan - kontrak ke tetap, atau telah meletak jawatan sebelum lantikan semula) 1) Salin sandangan sebelum jurang tarikh melalui menu Pentadbiran Sistem  Penyelenggaraan Rekod  Profil Perkhidmatan  Selenggara Sandangan  Selenggara Sejarah Perkhidmatan  Masukkan No. KP  Teruskan. 2) Salin sandangan daripada sumber Sandangan HRMIS. 3) Kemudian, melalui menu Selenggara Sandangan  Melalui Pemilik Kompetensi, hapus semua sandangan yang telah disalin ke sejarah perkhidmatan, dan masukkan sandangan terkini pemilik kompetensi. 4) Sekiranya terdapat sandangan yang gagal dihapuskan, mohon log aduan ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy