SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 121 PENGURUSAN REKOD PERIBADI PERISYTIHARAN HARTA VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 5 Apakah jenis harta yang perlu diisytiharkan "Harta" bermaksud harta yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B)104 bertarikh 1 Mac 2010 seperti berikut: 1) Berkenaan dengan harta tak alih: a. Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; b. Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; (c) Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung. 2) Berkenaan dengan harta alih: a. Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; b. Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain; c. Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; d. Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah; dan e. Kenderaan bermotor.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy