SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 120 PENGURUSAN REKOD PERIBADI PERISYTIHARAN HARTA VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah keadaan yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta? Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila: 1) Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam; 2) Dikehendaki oleh Kerajaan; 3) Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta. 2 Berapakah tempoh masa bagi penjawat awam untuk membuat perisytiharan harta berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta terdahulu? 5 tahun. Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta, pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya. 3 Adakah Proses Perisytiharan Harta melalui HRMIS dikira lengkap setelah Pemilik Kompetensi (CO) menghantar perisytiharan harta kepada Urus Setia? Tidak. Harta yang dihantar perlu disemak serta disahkan oleh Urus Setia Harta dan juga perlu diambil maklum oleh Ketua Jabatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian UP.7.2.6. 4 Mengapa maklumat pasangan dan tanggungan Pemilik Kompetensi (CO) tidak dipaparkan di Borang Perisytiharan Harta? Pemilik Kompetensi (CO) perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masingmasing terlebih dahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy