SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 122 PENGURUSAN REKOD PERIBADI PERISYTIHARAN HARTA VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 6 Mengapa proses pengemaskinian maklumat harta sangat terperinci dan menyukarkan pegawai untuk membuat perisytiharan harta? Format borang yang digunakan dalam HRMIS adalah berdasarkan format perisytiharan harta yang dikeluarkan melalui PP Bil.3 Tahun 2002. 7 Bagaimana Pemilik Kompetensi (CO) boleh membuat pemantauan terhadap status maklumat harta yang telah dihantar? Apabila maklumat harta telah dihantar, Pemilik Kompetensi (CO) boleh memantau status perisytiharan harta di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’. 8 Mengapa proses pengemaskinian semula selepas menerima status ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’ – tidak dapat dikemaskini dan dihantar semula ke urus setia? Pengemaskinian hendaklah di buat di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’. Klik pada hyperlink harta yang berstatus ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’. Seterusnya kemas kini maklumat berdasarkan keperluan urus setia dan kemudiannya klik ‘Hantar’. 9 Adakah perlu kenderaan bermotor yang berharga kurang daripada RM3,000.00 diisytiharkan? Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010: Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apaapa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib’. 10 Pengguna tidak ada kesedaran untuk membuat perisytiharan harta kecuali untuk tujuan kenaikan pangkat. Bagaimana untuk mengingatkan Pemilik Kompetensi (CO) untuk membuat Perisytiharan Harta? Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy