SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 116 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 33 Pegawai Penilai bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (contoh) yang tiada sandangan dalam HRMIS. Bagaimana Pengerusi SPA tersebut ingin menilai PYD? Pelaksanaan Modul Pengurusan Prestasi bagi pegawai lantikan kontrak (termasuk pengerusi/ahli suruhanjaya) adalah tertakluk kepada kontrak bertulis semasa pelantikan pegawai tersebut. Sekiranya di dalam kontrak tersebut tercatat bahawa pelantikan kontrak tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan Kewangan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan dan Undang-Undang yang dikuatkuasa dari semasa ke semasa, maka dengan itu, pegawai tersebut perlu melaksanakan submodul berkenaan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2008. Oleh itu, mohon kerjasama agensi untuk menyemak semula kandungan kontrak bagi pegawai tersebut bagi tujuan ini. Sekiranya perkara tersebut tidak dinyatakan dalam kontrak, pegawai yang di selia perlu di nilai oleh penjawat awam yang terdekat dalam urusan/tugasan kerja beliau. 34 Isu mengenai LNPT pegawai yang akan bersara. Situasi di mana pegawai akan berpencen dalam masa terdekat (tahun semasa) dan beliau akan membuat penilaian ke atas semua pegawai yang di selia sebelum berpencen. Tetapi, bagaimana dengan status LNPT beliau sendiri sama ada perlu membuat LNPT 2023 ataupun tidak perlu, kerana LNPT tahun 2023 akan melibatkan pergerakan gaji untuk tahun hadapan dan beliau telah pun bersara? Sebaiknya pegawai mengisi LNPT kerana telah berkhidmat melebihi 6 bulan dalam tahun penilaian sebagaimana peraturan semasa menetapkan. Ini akan menjadi rekod prestasi perkhidmatan terakhir pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy