SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 114 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 26 Bolehkah Pegawai Yang Dinilai (PYD) memilih agensi mana untuk dinilai prestasi tahunannya kerana bertukar pada bulan Jun? Ya, PYD boleh memilih agensi yang dikehendaki untuk menilai prestasi tahunannya. Secara dasarnya, penilaian hendaklah dinilai di agensi yang terkini. 27 Bagi Pemilik Kompetensi yang memperolehi markah 90% ke atas, adakah terdapat Borang Aktiviti Penghasilan Nilai yang perlu diisi oleh PYD di dalam HRMIS? Tiada. Merujuk kepada SPP Bilangan 2 Tahun 2009, Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) hendaklah memberi ulasan mereka terhadap penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas. 28 Sekiranya Pegawai Penilai Kedua (PPK) ingin bersara pada bulan Oktober bagi tahun tertentu, adakah Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaannya perlu menghantar LNPT? Ya. Pekeliling perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, para 10(v) adalah dirujuk, iaitu “Ketua Jabatan hendaklah: mengarahkan Pegawai Penilai yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara atau meletak jawatan, menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dengan serta merta bagi Pegawai Yang Dinilai di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan mereka tidak kurang 6 bulan”. 29 Berapa kali dalam setahun Mesyuarat PPSM bersidang di JPA? Apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut selain APC, LNPT, Pergerakan gaji? PP Bil.4/2002 tidak menetapkan berapa kali PPSM perlu bersidang setahun. Ia boleh dibuat tanpa had. Bidang tugas PPSM boleh dirujuk dalam PP Bil.4/2002. 30 Mengapa Pegawai Yang Dinilai (PYD) tidak boleh melihat markah LNPT yang diberi oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK)? Adakah ia berkaitan dengan dasar? Jika dasar, apakah pekeliling yang menyatakan maksud tersebut. Tidak terdapat dasar khusus berhubung dengan kenapa PYD tidak dapat melihat markah yang diberikan oleh PPK. Secara amalannya, PYD mempunyai hubungan kerja secara langsung dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP). Sehubungan dengan itu, PPP lebih mengetahui

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy