SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 113 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 20 Pop up mesej yang mengatakan “Pegawai Gred 17 telah mengisi borang LNPT Kumpulan Sokongan 1”. Pohon khidmat nasihat mengenai perkara ini. Adakah "Kumpulan Sokongan 1" tersebut merujuk kepada Kumpulan Pelaksana? Pegawai Yang Dinilai (PYD) telah mengisi Borang Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17-40). Sekiranya betul dan tiada masalah, tindakan seterusnya klik “OK” dan pop up mesej “Berjaya dihantar” akan dipaparkan. Sekiranya berlaku kesilapan, Sila semak maklumat profil perkhidmatan dan sandangan. 21 Bagaimanakah cara pengisian maklumat sumbangan tidak lengkap? Permohonan boleh dipanjangkan kepada urus setia PPSM/pentadbir LNPT di agensi dan bergantung kepada budi bicara urus setia untuk mengemaskini melalui data sejarah LNPT. 22 Bolehkah Pegawai Penilai ingin ubah markah? Sebarang penilaian yang telah dilakukan oleh Pegawai Penilai adalah sehala dan perubahan markah yang melibatkan penilaian semula dikhuatiri menimbulkan isu sama ada dari Pegawai Yang Dinilai (PYD) atau pihak-pihak lain. Bagi kes yang melibatkan penilaian semula ini, pegawai perlu merujuk kepada urusetia PPSM agensi terlebih dahulu. 23 Adakah Pegawai Yang Dinilai (PYD) boleh menyediakan LNPT untuk tahun hadapan? Tidak, mewujudkan rekod LNPT tahun hadapan tidak dibenarkan kerana melebihi tahun semasa. 24 Mengapa maklumat latihan di LNPT dijadikan perkara mandatori (wajib diisi sekurang-kurangnya satu hari kursus)? Maklumat latihan di LNPT (Bahagian II) adalah perkara mandatori kerana ianya mengambil kira Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 25 Adakah Pegawai Penilai Pertama (PPP) atau Pegawai Penilai Kedua (PPK) boleh memberikan markah yang mempunyai perpuluhan? Dalam sub modul LNPT ini, PPP dan PPK tidak boleh memberikan markah yang mempunyai perpuluhan. PPP dan PPK hendaklah memilih markah daripada senarai yang disediakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy