SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 112 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 19 Bagaimana menyelesaikan masalah bagi penilaian LNPT untuk Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) yang telah bersara sebelum sempat menilai Pegawai Yang Dinilai (PYD)? Jika telah putus sandang penilaian LNPT tidak dapat dibuat. Berikut adalah beberapa pilihan cadangan yang boleh membantu bagi menangani masalah ini: Pilihan 1: Dibuat melalui proses (dari PYD  PPP  PPK  Urusetia PPSM) dengan menyandangkan sementara PPP/PPK yang telah bersara di mana-mana jawatan kosong dalam agensi. Setelah proses penilaian selesai, PPP/PPK tersebut hendaklah diputuskan semula sandangannya. Sekiranya maklumat gred/jawatan penilai tidak sama sebelum gred/jawatan bersara, mohon dimaklumkan kepada Meja Bantuan JPA untuk pengemaskinian. Pilihan 2: Proses LNPT PYD tersebut dibuat secara manual dan urusetia PPSM/pentadbir data sejarah LNPT bertanggungjawab untuk merekodkan maklumat LNPT PYD tersebut melalui Data Sejarah LNPT. Pastikan maklumat penilai PPP/PPK adalah betul. Pilihan 3: PYD tersebut dinilai oleh Pegawai Penilai yang baru (tempoh penyeliaan tidak kurang 6 bulan).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy