SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 111 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 16 Adakah markah yang diberikan oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK) boleh di pinda selepas di hantar kepada urusetia? Tidak. Markah yang diberikan oleh PPK tidak boleh di pinda selepas di hantar kepada urusetia. Pindaan markah hanya boleh dibuat selepas Mesyuarat PPSM bersidang. Pindaan boleh dilakukan pada menu Pengesahan Markah Penilaian Prestasi. 17 Bagaimana ingin mengisi maklumat tarikh latihan yang telah dihadiri pada Bahagian II LNPT sekiranya di jabatan/kementerian mempunyai perancangan seperti latihan atau sesi pembelajaran selama 6 jam = 1 hari? Pegawai boleh membuat pengisian menerusi modul Program Pembangunan Kompetensi (PPK). Sebarang latihan berstatus Disahkan akan turut dipaparkan pada tab Bahagian II Latihan. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat keperluan membuat pengisian maklumat kursus yang telah di hadir menerusi modul LNPT, Bahagian III, tarikh tersebut adalah merujuk kepada tarikh sebenar kursus atau latihan yang diadakan tanpa mengambilkira perancangan seperti yang dinyatakan. Oleh itu, dicadangkan bilangan jam untuk setiap kursus tersebut di tulis bersebelahan pada tajuk kursus. Contohnya: Kursus Penulisan (3 jam). 18 Urusetia PPSM di agensi saya telah mendapat rekod pemberitahuan LNPT Pegawai Yang Dinilai (PYD) daripada agensi lain, apa yang perlu dilakukan? Kes begini disebabkan PYD tersebut adalah merupakan pegawai yang di selia oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK) yang baru bertukar masuk ke agensi baru. Oleh itu, rekod tersebut boleh dihapuskan oleh urusetia PPSM agensi kerana tiada sebarang tindakan diperlukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy