SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 110 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 13 Sekiranya Pegawai Penilai Pertama (PPP) telah menghantar LNPT Pegawai Yang Dinilai (PYD) kepada Pegawai Penilai Kedua (PPK), apakah kaedah untuk membolehkan PPP membuat pindaan markah tersebut? Tiada. Sub modul LNPT adalah sehala di mana pengguna tidak boleh meminda markah selepas dihantar kepada PPK. Sebarang markah atau penyelarasan markah adalah di peringkat PPSM. PPP/PPK boleh menghantar memo secara rasmi kepada urus setia untuk permohonan berkenaan. 14 Seorang pegawai Pegawai Penilai Pertama (PPP) atau Pegawai Penilai Kedua (PPK) yang berstatus Contract for Services (CFS) perlu untuk menilai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaannya. Mengapakah tiada sebarang maklumat di dalam HRMIS bagi PPP atau PPK tersebut? Status pegawai CFS adalah bukan pegawai awam dan mereka tidak tertakluk kepada Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Sehubungan dengan itu, pegawai CFS tidak perlu mengisi LNPT dan mereka tidak boleh dilantik sebagai PPP dan PPK. 15 Sekiranya Pegawai Yang Dinilai (PYD) hanya ada satu Pegawai Penilai sahaja, adakah urusetia boleh membuat penetapan Pegawai Penilai Pertama sahaja atau WAJIB melengkapkan penetapan Pegawai Penilai Kedua. Contoh1: PYD = A | PPP= B | PPK= B atau Contoh 2: PYD = A | PPP= B | PPK= Dibiarkan kosong (Tidak ditetapkan). Mana satu penetapan yang betul? Aliran kerja modul Penilaian Prestasi adalah dari PYD  PPP  PPK. Oleh itu bagi PYD yang hanya mempunyai seorang Pegawai Penilai, perlu ditetapkan rekod yang sama bagi maklumat PPP dan PPK supaya aliran kerja lengkap dan sempurna sampai kepada Urusetia. Maka, Contoh 1 adalah penetapan yang betul.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy