SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 109 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 10 Adakah ulasan yang diberikan oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) wajib diisi? PPP wajib mengisi ulasan prestasi. Manakala, PPK wajib mengisi ulasan prestasi bagi PYD yang mendapat markah 90% dan ke atas. 11 Bagaimanakah status LNPT bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang telah mengemukakan LNPT kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) tetapi PPP telah putus sandang kerana bertukar keluar? Bagi PPP yang telah putus sandang dan bertukar ke agensi yang menggunakan HRMIS, penetapan PPP tidak perlu dipinda sekiranya PPP masih menilai PYD di bawah seliaannya kerana Sub modul LNPT akan mengikut Pemilik Kompetensi berdasarkan COID/No.Kad Pengenalan (boleh cross-agency). Tetapi bagi PPP yang telah putus sandang dan bertukar ke agensi yang tidak menggunakan HRMIS, Urusetia perlu cetak borang LNPT (boleh dicetak melalui data sejarah LNPT) dan hantar ke agensi baru supaya PPP boleh menilai secara manual. 12 Bagi LNPT yang perlu dinilai oleh satu PPP/ PPK sahaja, contohnya Pembantu Khas kepada ketua jabatan, bagaimana cara pembahagian markah bagi Pemilik Kompetensi terbabit? Untuk kes PYD yang mempunyai seorang pegawai penilai, urusetia perlu menetapkan PPP dan PPK kepada orang yang sama di Menu Selenggara Penetapan Pegawai Penilai. Penilai hanya perlu akses sebagai Penilai Pertama sahaja di mana sistem akan mengambilkira penilaian serta ulasan Penilai Pertama berkenaan ke ruangan Penilai Kedua apabila hantar kepada urusetia PPSM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy