SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 108 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 8 Adakah Pegawai Yang Dinilai (PYD) boleh membuat pindaan selepas menghantar LNPT kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP)? Tidak. PYD tidak boleh membuat sebarang pindaan selepas menghantar LNPT kepada PPP. Oleh itu, PYD hendaklah memastikan maklumat adalah betul sebelum menghantarnya kepada PPP. Ini kerana proses LNPT adalah proses sehala. Walau bagaimana pun, PYD boleh berhubung dengan urusetia PPSM dan berikut adalah langkah yang perlu diambil: 1) PYD perlu maklumkan kepada PPP terlebih dahulu supaya tidak membuat penilaian dahulu. 2) PYD maklumkan kepada Urusetia PPSM (berkenaan maklumat kursus/kegiatan di Bahagian II yang ingin ditambah). 3) Urusetia PPSM mengemaskini maklumat tersebut di bahagian II melalui menu data sejarah LNPT. 4) Seterusnya, PYD memaklumkan kepada PPP untuk membuat penilaian dan hantar kepada PPK untuk penilaian seterusnya. Untuk makluman: penambahan ke atas maklumat-maklumat yang diminta daripada PYD untuk dimasukkan melalui data sejarah adalah atas budi bicara pihak urusetia PPSM. 9 Adakah sub modul ini mengambilkira Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang hanya mempunyai satu Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja contohnya seperti Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat? Ya. Sub modul LNPT ini telah mengambilkira keperluan PYD yang hanya mempunyai satu penilai. Penilai hanya perlu mengakses sebagai Penilai Pertama sahaja di mana sistem akan mengambilkira penilaian serta ulasan Penilai Pertama berkenaan ke ruangan Penilai Kedua apabila hantar kepada urusetia PPSM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy