SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 107 PENGURUSAN PRESTASI LNPT PENILAIAN PRESTASI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Bolehkah saya menilai prestasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) saya untuk tahun 2022 melalui sub modul LNPT ini sekiranya saya bercuti belajar pada awal Julai 2022? Tempoh Julai hingga Disember adalah mencukupi enam (6) bulan bagi membolehkan Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang baru menilai PYD. Walaubagaimana pun, Sektor/Cawangan/Bahagian atau Unit Organisasi boleh menentukan siapa PPP yang berhak menilai PYD tersebut. 5 Bolehkah saya menilai prestasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) saya di jabatan lama setelah saya berpindah ke jabatan baru? 1) Pegawai perlu ditetapak peranan Pegawai Penilai Pertama (PPP)/ Pegawai Penilai Kedua (PPK) di jabatan baru 2) Pegawai masih ditetapkan sebagai PPP/PPK kepada PYD di jabatan lama. 6 Untuk LNPT, kenapa No. KP Pemilik Kompetensi (CO) akan berada pada ruangan No. KPT apabila CO ingin memaparkan LNPT yang telah dihantar. Apakah maksud KPT itu? No. KPT adalah merujuk kepada Nombor Kad Pengenalan Terperinci iaitu nombor. K/P yang mempunyai 12 digit. Untuk pengetahuan, Pemilik Kompetensi yang lahir sebelum tahun 1978 mempunyai dua (2) nombor kad pengenalan (No.K/P lama yang mempunyai tujuh (7) atau lapan (8) digit dan No. KPT). 7 Adakah Pegawai Penilai Kedua (PPK) boleh meminda markah penilaian prestasi yang diberikan oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD)? Tidak. PPK tidak boleh meminda markah penilaian prestasi yang telah diberikan oleh PPP kepada PYD.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy