SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 103 PENGURUSAN PRESTASI LNPT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 13 Bagaimana untuk menghapuskan aktiviti SKT yang telah disahkan? Hanya aktiviti SKT yang berstatus ‘Draf’ sahaja yang boleh dihapuskan. Untuk menukar status aktiviti daripada ‘Disahkan’ kepada ‘Draf’, pengguna perlu membuat sedikit pindaan pada aktiviti SKT tersebut dan klik butang SIMPAN. Selepas aktiviti SKT berubah ke status ‘Draf’, Pegawai Yang Dinilai (PYD) boleh klik pada ‘checkbox’ aktiviti SKT dan klik butang HAPUS. 14 Pada paparan Sasaran Kerja Tahunan, apabila klik HANTAR, dipaparkan mesej ‘Tiada Perancangan Baru’. Apakah maksud ini? Tiada sebarang perubahan atau penambahan kepada aktiviti SKT sedia ada. 15 Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan saya tidak mengisi maklumat SKT, bolehkah saya membuat penilaian LNPT beliau? Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak dapat membuat penilaian kerana proses hantar LNPT ke PPP tidak dibenarkan jika terdapat status SKT PYD tidak diisi atau tidak lengkap atau tidak mengisi Pencapaian Akhir Tahun dan tidak Disahkan. 16 Adakah SKT semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) akan disenaraikan dalam paparan Pengesahan Pegawai Yang Dinilai walaupun PYD tersebut belum mencipta SKT baru / belum menghantar SKT kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) untuk pengesahan? Pada menu pengesahan, paparan PPP akan menyenaraikan Senarai Pegawai Yang Diselia di bawah PPP dan terdapat pautan pada setiap nama PYD tersebut. Ini bertujuan supaya PPP dapat melihat dan memantau SKT PYD dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat mesej 'SKT untuk tahun prestasi 2023 tidak wujud', ini bermaksud PYD tersebut belum membuat atau memasukkan aktiviti SKT beliau pada tahun tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy