SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 104 PENGURUSAN PRESTASI LNPT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 17 Bolehkan saya mengesahkan SKT 2023 pegawai seliaan saya pada tahun berikutnya contoh 2024? Boleh, Pegawai Penilai Pertama (PPP) hanya perlu tukar default Tahun semasa (iaitu 2024) kepada tahun 2023 dan klik butang Teruskan untuk memaparkan senarai aktiviti SKT Pegawai Yang Dinilai (PYD) pada tahun 2023. 18 Bolehkah saya sebagai urusetia PPSM mendapatkan maklumat bagi pegawai yang sudah memasukkan SKT dan pegawai yang belum memasukkan SKT mereka? Urusetia boleh mengeluarkan laporan berbentuk senarai bagi Pemilik Kompetensi yang sudah atau belum memasukkan SKT melalui laporan ‘Senarai CO yang memasukkan SKT melalui aplikasi HRMIS'. 19 Pada SKT pemilik kompetensi memaparkan pemberitahuan ‘Data tidak lengkap, Pemilik Kompetensi ini tiada pegawai penyelia’. Apa yang perlu dilakukan? Ini bermaksud, tiada penetapan Pegawai Penilai Pertama (PPP) pada Pegawai Yang Dinilai (PYD) tersebut. Oleh itu, urusetia PPSM atau pentadbir hendaklah menetapkan PPP kepada PYD tersebut di menu Penetapan Pegawai Penilai. Selain itu juga, hendaklah dipastikan Rekod Sandangan Pegawai Penilai tersebut adalah lengkap dan status jawatan sebenar PPP adalah aktif (bukan berstatus mansuh atau jumud). 20 Bilakah SKT boleh dilakukan? Pengemaskinian SKT boleh dibuat sepanjang tahun penilaian. Tidak perlu tunggu pada hujung tahun untuk pengisian SKT. 21 Apakah yang perlu dilakukan oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) sebelum menghantar SKT? Sebelum menghantar SKT kepada pegawai penilai, PYD dinasihatkan untuk menyimpan SKT terlebih dahulu melalui fungsi 'Paparan Format Keseluruhan' dengan export kepada format PDF.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy