SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 102 PENGURUSAN PRESTASI LNPT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 8 Apa yang perlu saya lakukan jika dalam peti pesanan saya atau melalui modul SKT saya terdapat maklumat pemberitahuan untuk mengesahkan aktiviti/projek Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang bukan di bawah seliaan saya? Pegawai boleh mendapatkan maklumat Pegawai Penilai Pertama (PPP) sebenar PYD tersebut daripada Urusetia PPSM atau Pentadbir LNPT. Seterusnya, pegawai hendaklah memajukan (forward) maklumat tersebut (di dalam peti pesanan) kepada PPP yang sebenar. 9 Adakah SKT yang dicadangkan gugur oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) boleh di hapuskan? SKT yang telah dicadang untuk digugurkan tidak boleh dihapuskan di peringkat PYD. 10 Bolehkah SKT yang telah diluluskan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dikemas kini oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)? Ya, SKT yang telah disahkan oleh PPP masih boleh dikemas kini oleh PYD. Ini kerana proses SKT merupakan proses dua hala sepanjang tahun penilaian. Status SKT akan menjadi 'Draf' dan PYD perlu klik butang HANTAR kepada PPP bagi membolehkan PPP mengesahkan SKT berkenaan. 11 Berapa banyak aktiviti/program yang boleh dimasukkan ke dalam sistem SKT? Bilangan aktiviti/ program yang dimasukkan ke dalam sistem adalah tidak terhad. 12 Bagaimana untuk membuat perubahan pada aktiviti SKT yang telah disahkan oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP)? Pengguna boleh terus membuat pindaan pada aktiviti SKT tersebut dan klik butang SIMPAN. Aktiviti SKT tersebut akan berubah status kepada status ‘Draf’ dan aktiviti tersebut perlu di hantar untuk pengesahan PPP.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy