SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 101 PENGURUSAN PRESTASI LNPT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Saya baru bertukar jabatan, bolehkah saya terus menggunakan HRMIS untuk memasukkan SKT? Sandangan di jabatan yang baru perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tetapan peranan dan capaian ke sistem HRMIS dan seterusnya pegawai perlu mendapatkan maklumat SKT di Unit Organisasi yang baru sebelum boleh mengemaskini SKT ke dalam system. 5 Apakah maklumat yang wajib dilengkapkan untuk saya menggunakan sub modul SKT dan LNPT? Maklumat Profil Perkhidmatan iaitu Skim Perkhidmatan, Gred Jawatan dan Gred Gaji perlu dikemas kini ke dalam sistem HRMIS sebelum menggunakan sub modul SKT dan LNPT supaya Pemilik Kompetensi mendapat paparan borang Penilaian Prestasi mengikut kumpulan yang betul/sepatutnya. 6 Bolehkah saya menyalin SKT Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan saya untuk dimasukkan dalam SKT saya? Pemilik Kompetensi yang diberi peranan sebagai Pegawai Penilai Pertama (PPP) mempunyai kemudahan untuk menyalin SKT PYD di bawah seliaannya. SKT daripada PYD tersebut perlulah disahkan terlebih dahulu. 7 Di manakah saya boleh mengesahkan aktiviti/projek SKT Pegawai Yang Dinilai (PYD) saya? Pengesahan aktiviti/ projek SKT PYD di bawah seliaan Pegawai Penilai Pertama (PPP) boleh disahkan melalui dua (2) kaedah, iaitu: 1) Melalui peti pesanan pengguna; dan 2) Melalui menu Pengurusan Prestasi  Laporan Penilaian Pengurusan Prestasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy