SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 100 PENGURUSAN PRESTASI LNPT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Adakah pegawai perlu mengisi SKT dan SKU? Merujuk Surat Edaran JPA.BK(S) 174/3/2-1 Jld.8 (18) bertarikh 3 November 2021: Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023, borang SKT dihentikan penggunaannya dan digantikan dengan SKU. Hasil pencapaian SKU serta sub modul lain di bawah Modul MyPerformance boleh di rujuk oleh Pegawai Penilai (PP) semasa penyediaan LNPT. 2 Apakah pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan SKT dan LNPT? Pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan SKT dan LNPT yang berkuatkuasa adalah Pekeliling Perkhidmatan Bil.4/2002 (Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan) dan telah dibuat pindaan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2/2009 (Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2009 (Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam). 3 Bolehkah saya menyimpan senarai aktiviti/projek yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa menghantar kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) saya? Pemilik Kompetensi boleh menyimpan senarai aktiviti/projek yang dimasukkan ke dalam sistem sebelum dihantar kepada PPP supaya ia boleh dikemaskini sekiranya berlaku pindaan atau tambahan maklumat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy