SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 99 PENGURUSAN PRESTASI MyPERFORMANCE CAREER DEVELOPMENT CONVERSATION VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apa itu Career Development Conversation (CDC)? Operasi ini merekodkan transaksi proses komunikasi dua hala secara atas talian di antara PPP dengan PYD, cadangan intervensi serta tindakan yang telah diambil oleh PYD. 2 Bagaimanakah cara untuk menggunakan fungsi CDC ini? PYD boleh melaksanakan komunikasi CDC dengan menekan icon ( ) pada Dashboard PYD. 3 Adakah transaksi komunikasi ini direkodkan? Setiap transaksi mesej akan direkodkan termasuk dokumen yang dimuatnaik. 4 Bolehkah melihat sejarah komunikasi? Setiap mesej yang telah direkodkan dapat dijana secara sejarah CDC dengan menekan icon pada tetingkap CDC. 5 Bolehkah transaksi komunikasi ini dicetak? Ya, semua transaksi mesej mengikut tahun penilaian boleh dicetak melalui icon . 6 Bagaimana cara notifikasi mesej ini diterima apabila HRMIS tidak dibuka? Melalui Dashboard PYD, satu indikator mesej tidak dibaca akan dipaparkan. 7 Bolehkah rekod transaksi komunikasi ini dihapuskan? Tidak boleh, setiap transaksi mesej yang direkodkan adalah rekod perbualan rasmi dan ianya akan dirujuk sebagai pemantauan komunikasi antara Pegawai Penilai dengan Pegawai Yang Dinilai oleh Pengurusan Sumber Manusia agensi. Hanya dokumen yang dimuatnaik sahaja boleh dihapuskan pada tetingkap CDC. 8 Apakah yang boleh dilakukan sekiranya mesej 'Sambungan ke CDC tidak berjaya.'? Sila kemukakan laporan di Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) di pautan https//:spmb.jpa.gov.my.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy