Change Journey Edisi 1

EDISI 1 | MEI - JUN 2023 JOURNEY JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KANDUNGAN 1 2 3 4 5 Pengenalan Program Pengurusan Perubahan Garis Masa Sistem HRM Baharu Spotlight : HRM Baharu Change Journey

Data Analytics Robotic Process Automation Predictive Element Pra Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Persediaan Pasca Perkhidmatan Satu sistem yang adaptif bagi memacu pengurusan sumber manusia sektor awam dan membolehkan penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan pengguna secara moden, lancar dan menyeluruh. Visi Pengenalan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRM) Baharu dibangunkan bagi menggantikan HRMIS 2.0 melalui Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 34 bulan bermula 14 Mei 2023 hingga 14 Mac 2026, dan tempoh waranti selama 12 bulan dari tarikh sistem mula diguna pakai oleh semua penjawat awam. Membangunkan Sistem HRM Baharu yang terdiri daripada 35 modul dengan mengambil kira kitaran hayat pengurusan sumber manusia penjawat awam yang lengkap iaitu pra perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan persediaan pasca perkhidmatan. Menjadikan data Sistem HRM Baharu sebagai sumber rujukan utama bagi menyokong perancangan strategik sumber manusia sektor awam melalui pembangunan platform pengurusan dan perkongsian data yang mengadaptasi teknologi IR 4.0. Objektif Memastikan agensi Kerajaan menggunakan Sistem HRM Baharu yang berteraskan teknologi terkini ke arah perkhidmatan pengurusan sumber manusia sektor awam yang lebih cekap, menyeluruh dan pantas. 1

Memandangkan sistem HRM Baharu akan menggantikan HRMIS 2.0 sedia ada dan merupakan sistem baharu yang akan dibangunkan, Program Pengurusan Perubahan perlu digerakkan bagi memastikan pengguna mengetahui dan menerima perubahan yang akan berlaku. Program Pengurusan Perubahan merupakan satu pendekatan yang diambil bagi peralihan individu, pasukan dan organisasi daripada sistem sedia ada kepada sistem baharu. Tujuan utama aktiviti dalam pengurusan perubahan adalah untuk memastikan pengguna terlibat sedia menerima dan membudayakan perubahan dalam persekitaran kerja yang baharu. Program Pengurusan Perubahan atau Programme for Change Management (PCM) merupakan kaedah sistematik yang digunakan dalam aktiviti pengurusan perubahan bagi pelaksanaan projek HRM Baharu bagi menggantikan HRMIS 2.0 sedia ada. Matlamat utama PCM dilaksanakan adalah untuk memastikan semua penjawat awam dan pihak berkepentingan peka dan bersedia menerima perubahan yang akan berlaku. Pelaksanaan PCM adalah berdasarkan kepada Panduan Pengurusan Perubahan Sektor Awam (CMsa) yang menerangkan metodologi dan proses melaksanakan pengurusan perubahan atau change management (CM) dalam inisiatif perubahan daripada sistem sedia ada HRMIS 2.0 kepada Sistem HRM Baharu. Pelaksanaan CM berstruktur sektor awam ini adalah berasaskan konsep sisi perubahan manusia peringkat individu – Tahu, Mahu, Mahir dan Amal (TaMMA) dan Model Pengurusan Perubahan Sektor Awam (Model CMsa). Program Pengurusan Perubahan 2

Model CMsa merupakan satu kerangka kerja yang menyeluruh merangkumi enam (6) peringkat dan 13 aktiviti utama yang akan diaplikasikan oleh Pasukan Pengurusan Perubahan Sistem HRM Baharu dalam melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan secara berstruktur. 3

Manual dan Dokumentasi Latihan Pembersihan Data Migrasi Pemasangan Perisian - Integrasi, Chatbot Polisi dan Prosedur Komunikasi Integrasi antara Modul Integrasi dengan Sistem Aplikasi Lain Skrip Migrasi Migrasi Data Pengujian Verifikasi dan Validasi Manual dan Dokumentasi Pembangunan R2 (bermula) Q3 dan Q4 Tahun 2023 Kick Off Tender HRM Baharu (24 Mei 2023) Pelan Pembangunan Sistem(PPS) & Kajian Keperluan Sistem (BRS) Analisis Perubahan dan Tahap Kesediaan Pengguna Pengurusan Projek Kajian Spesifikasi Keperluan Bisnes 2023 Pelan Tindakan Pengurusan Perubahan Pembangunan dan Pengujian R2 Pelaksanan Pembersihan Data Perisian - Integrasi, RPA, Pangkalan Data Integrasi Antara Modul HRM Integrasi Antara Sistem Aplikasi Lain Manual dan Dokumentasi Migrasi Data Latihan Teknikal Perisian RPA, Integrasi Change Readiness Assesment (CRA) Bil. 1 Provisional Acceptance Test (PAT) Pengujian Verifikasi dan Validasi Latihan Teknikal Latihan Pentadbir Sistem Taklimat Pegurusan Manual dan Dokumentasi 2024 Anda Disini 4 Garis Masa Sistem HRM Baharu

2026 Final Acceptance Test (FAT) Migrasi Persediaan Rintis Rintis di Agensi Terpilih GO LIVE Penyerahan dan Penamatan Projek Sokongan dan Waranti 2025 Change Readiness Assessment (CRA) Bil. 2 Keperluan Spesifikasi Sistem (SRS) Keperluan Reka Bentuk (SDS) Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMP) Perisian - Integrasi, Chatbot Pelan Pengurusan Perubahan Pelan Tindakan Mitigasi Pelan Latihan Pembangunan dan Pengujian R1 Pembangunan & Pengujian R1 (bersambung) 2027 Sokongan dan Waranti 5

Spotlight : Modul HRM Baharu 6 Spotlight : HRM Baharu Skop HRM Baharu

7

8 PROGRAM DAN AKTIVITI HRM BAHARU MEI - JUN 2023 Change Journey

9 No. Program Tarikh Tempat 1 Mesyuarat Pre Kick Off Tender Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu. 16 Mei Bilik Mesyuarat Lavender, Aras 6, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 2 Perbincangan Awal Spesifikasi Komponen V Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu. 18 Mei Bilik Bincang Tulip, Aras 6, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 3 Mesyuarat Kerja Permulaan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu 22 & 23 Mei Bilik Galeri, Aras 4 & Bilik Serbaguna Bougainvillea, Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 4 Mesyuarat Kick Off Tender Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu. 24 Mei Bilik Mesyuarat Utama Aras 9 , Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. MEI 2023

10 1. Pengenalan Projek; 2.Skop Projek; 3.Tadbir Urus; 4.Carta Perbatuan; 5.Serahan dan Dokumentasi; 6.Sokongan dan Waranti; dan 7.Faktor- Faktor Kejayaan. MEI 2023 MESYUARAT KICK OFF TENDER PEMBANGUNAN, PEMANTAPAN, PENGUKUHAN DAN PELUASAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM BAHARU Mesyuarat Kick Off Tender Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan Dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu telah diadakan pada 24 Mei 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof. Antara perkara yang dibincangkan ketika mesyuarat tersebut adalah:

11 Mesyuarat Kerja Permulaan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Pada 22 dan 23 Mei 2023, Mesyuarat Kerja Permulaan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu telah dijalankan di Bilik Galeri Aras 4 dan Bilik Serbaguna Bougainvilllea, Aras 6 Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk: 1.Memperincikan dan membincangkan tawaran pihak kontraktor; 2.Membincangkan jadual pelaksanaan projek; dan Membincangkan strategi pembangunan sistem HRM Baharu secara lebih terperinci. 3. MEI 2023

12 No. Program Tarikh Tempat 1 HRM Baharu: Perbincangan Pengurusan Perubahan 9 Jun Ruang Bincang Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 2 Perbincangan Pengurusan Perubahan bagi Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu 16 Jun Bilik Multimedia, Aras 4, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 3 Sesi Taklimat Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu kepada perunding MAMPU (Pengurusan Projek) 19 Jun Bilik Perbincangan Tulip, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kompleks C, Putrajaya. 4 Mesyuarat Pasukan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu Bilangan 2 Tahun 2023 19 Jun Bilik Mesyuarat Lavender, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kompleks C, Putrajaya. 5 Perbincangan Pengurusan Perubahan bagi Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu 21 Jun Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E, 62590, Blok E7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya. 6 Program HRMIS Care bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak 22 Jun Bilik Mesyuarat Utama Lavender, Aras 6, Blok C1,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 7 Sesi Taklimat Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu kepada Perunding MAMPU (Pengurusan Perubahan) 27 Jun Bilik Perbincangan Tulip Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kompleks C, Putrajaya. JUN 2023

13 JUN 2023 Sesi Taklimat Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu kepada Perunding MAMPU (Pengurusan Projek) Sesi taklimat Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu kepada Perunding MAMPU (Pengurusan Projek) telah diadakan pada 19 Jun 2023, Isnin bertempat di Bilik Perbincangan Tulip Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat Aras 6, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Sesi taklimat ini dijalankan bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan secara terperinci kepada Pasukan Perunding MAMPU berkenaan Pengurusan Projek Sistem HRM Baharu.

14 JUN 2023 Mesyuarat Pasukan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu Bilangan 2 Tahun 2023 Pada 19 Jun 2023, Isnin telah berlangsung Mesyuarat Pasukan Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Bilangan 2 Tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Lavender Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat Aras 6 Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Rosilawati Binti Budor, Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat. Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk: Memaklumkan ahli mesyuarat berkaitan status kemajuan projek; 1. 2.Membentangkan aktiviti - aktiviti yang telah dilaksanakan; 3.Memaklumkan perancangan aktiviti projek; dan 4.Membincangkan isu - isu projek.

15 Program HRMIS Care bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak Pada 22 Jun 2023, Khamis, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, JPA mengadakan Program HRMIS Care Siri 6 bagi Tahun 2023 bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Lavender Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Program HRMIS Care ini merupakan Program Turun Padang HRMIS yang bertindak sebagai salah satu platform kepada pengguna HRMIS di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi bagi memberi ruang kepada wakil agensi untuk mengutarakan sebarang isu atau masalah berkaitan HRMIS di agensi masing-masing. Ia merupakan sesi soal jawab antara JPA dan agensi secara one-to-one. Antara agenda yang dibincangkan adalah pembentangan Sistem HRM Baharu kepada wakil PSUK Negeri Perak. JUN 2023

Pasukan Pengurusan Perubahan Projek Pembangunan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy