Change Journey Edisi 1

15 Program HRMIS Care bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak Pada 22 Jun 2023, Khamis, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, JPA mengadakan Program HRMIS Care Siri 6 bagi Tahun 2023 bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Lavender Aras 6, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Program HRMIS Care ini merupakan Program Turun Padang HRMIS yang bertindak sebagai salah satu platform kepada pengguna HRMIS di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi bagi memberi ruang kepada wakil agensi untuk mengutarakan sebarang isu atau masalah berkaitan HRMIS di agensi masing-masing. Ia merupakan sesi soal jawab antara JPA dan agensi secara one-to-one. Antara agenda yang dibincangkan adalah pembentangan Sistem HRM Baharu kepada wakil PSUK Negeri Perak. JUN 2023

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy