Change Journey Edisi 1

Data Analytics Robotic Process Automation Predictive Element Pra Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Persediaan Pasca Perkhidmatan Satu sistem yang adaptif bagi memacu pengurusan sumber manusia sektor awam dan membolehkan penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan pengguna secara moden, lancar dan menyeluruh. Visi Pengenalan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRM) Baharu dibangunkan bagi menggantikan HRMIS 2.0 melalui Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 34 bulan bermula 14 Mei 2023 hingga 14 Mac 2026, dan tempoh waranti selama 12 bulan dari tarikh sistem mula diguna pakai oleh semua penjawat awam. Membangunkan Sistem HRM Baharu yang terdiri daripada 35 modul dengan mengambil kira kitaran hayat pengurusan sumber manusia penjawat awam yang lengkap iaitu pra perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan persediaan pasca perkhidmatan. Menjadikan data Sistem HRM Baharu sebagai sumber rujukan utama bagi menyokong perancangan strategik sumber manusia sektor awam melalui pembangunan platform pengurusan dan perkongsian data yang mengadaptasi teknologi IR 4.0. Objektif Memastikan agensi Kerajaan menggunakan Sistem HRM Baharu yang berteraskan teknologi terkini ke arah perkhidmatan pengurusan sumber manusia sektor awam yang lebih cekap, menyeluruh dan pantas. 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy