Change Journey Edisi 1

Memandangkan sistem HRM Baharu akan menggantikan HRMIS 2.0 sedia ada dan merupakan sistem baharu yang akan dibangunkan, Program Pengurusan Perubahan perlu digerakkan bagi memastikan pengguna mengetahui dan menerima perubahan yang akan berlaku. Program Pengurusan Perubahan merupakan satu pendekatan yang diambil bagi peralihan individu, pasukan dan organisasi daripada sistem sedia ada kepada sistem baharu. Tujuan utama aktiviti dalam pengurusan perubahan adalah untuk memastikan pengguna terlibat sedia menerima dan membudayakan perubahan dalam persekitaran kerja yang baharu. Program Pengurusan Perubahan atau Programme for Change Management (PCM) merupakan kaedah sistematik yang digunakan dalam aktiviti pengurusan perubahan bagi pelaksanaan projek HRM Baharu bagi menggantikan HRMIS 2.0 sedia ada. Matlamat utama PCM dilaksanakan adalah untuk memastikan semua penjawat awam dan pihak berkepentingan peka dan bersedia menerima perubahan yang akan berlaku. Pelaksanaan PCM adalah berdasarkan kepada Panduan Pengurusan Perubahan Sektor Awam (CMsa) yang menerangkan metodologi dan proses melaksanakan pengurusan perubahan atau change management (CM) dalam inisiatif perubahan daripada sistem sedia ada HRMIS 2.0 kepada Sistem HRM Baharu. Pelaksanaan CM berstruktur sektor awam ini adalah berasaskan konsep sisi perubahan manusia peringkat individu – Tahu, Mahu, Mahir dan Amal (TaMMA) dan Model Pengurusan Perubahan Sektor Awam (Model CMsa). Program Pengurusan Perubahan 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy