JPA Daily Buzz - Edisi 5 2025
Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 5/ 2025 23 Oktober 2025 m/s 1 Menjadi pegawai awam ni bukan sekadar kerja 8 pagi hingga 5 petang. Ianya lebih daripada itu dan merupakan satu perjalanan yang penuh dengan cabaran, dan pada masa yang sama memberikan ruang dan peluang untuk berkembang. Setiap hari, kita bangun dengan satu matlamat iaitu untuk berkhidmat dan memudahkan urusan orang lain. Tapi untuk buat semua itu dengan ikhlas dan efektif, kita tak boleh berhenti belajar. Kita harus terus berkembang, bukan sahaja dari segi kemahiran, tapi juga dalam cara kita memahami orang dan dunia di sekeliling kita. Pernah tak rasa macam kita tengah berlari mengejar sesuatu, tapi setiap langkah yang kita ambil macam tak cukup cepat? Dunia sentiasa berkembang, masyarakat pun berubah, masalah dan cabaran baru muncul setiap hari. Kalau kita tak belajar dan tak berkembang, kita akan ketinggalan. Tapi, pembelajaran tak selalu datang dalam bentuk kursus atau ceramah panjang lebar. Kadang-kadang, ia datang dalam perbualan spontan dengan orang yang kita bantu, atau daripada kesilapan yang kita buat sendiri. Setiap cabaran, setiap hari yang penuh dengan ketidakpastian, itu semua adalah peluang untuk kita jadi lebih baik. Pemerkasaan Diri dan Transformasi dalam Perkhidmatan Awam: Lebih Dari Sekadar Kerja
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy