JPA Daily Buzz - Edisi 5 2025

m/s 3 jadi. Korporat ada teknologi, kerajaan ada kuasa laksana. Bila dua-dua bekerjasama, barulah Malaysia boleh bergerak pantas ke arah jadi AI Nation 2030. Untuk saya sendiri, pengalaman ini mengajar saya satu benda penting. Fikir jauh dan bijak bertindak kerana dunia ni luas, peluang pun banyak. Pemerkasaan diri bukan destinasi. Ia adalah perjalanan yang berterusan. Setiap hari, ada sesuatu yang baru untuk kita pelajari. Jadi, jangan berhenti untuk terus belajar. Jangan berhenti untuk terus berkembang kerana dalam perkhidmatan awam, kita bukan hanya berkhidmat untuk diri sendiri, tetapi kita berkhidmat untuk memudahkan urusan orang lain. Itulah makna sebenar perkhidmatan untuk membantu, menyokong, menyelesaikan masalah dan memudahkan urusan dalam setiap perjalanan seharian. Nurul Nadiah Begum JPA Daily Buzz Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy