JPA Daily Buzz - Edisi 5 2025
m/s 2 Kadang-kadang kita terperangkap dalam rutin dan terlalu fokus pada kerja harian sama ada menyelesaikan dokumen dan kerja operasi mengikut prosedur untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Namun, perkhidmatan awam ni bukan hanya tentang memenuhi syarat atau peraturan, perkhidmatan awam adalah tentang hubungan, tentang bagaimana kita memudahkan kehidupan orang lain. Ia bukan hanya tentang menyelesaikan masalah, tetapi lebih kepada bagaimana kita berhubung dengan mereka yang kita bantu. Bila kita datang dengan hati yang terbuka, penuh empati, itulah yang membuatkan perkhidmatan kita memberi kesan yang lebih mendalam. Ya, tak semua akan mudah. Kadang-kadang kita buat kesilapan, berdepan hari yang sukar, atau cabaran yang rasa mustahil. Tapi itulah sebenarnya peluang untuk kita berkembang. Tapi apa yang kita perlu faham adalah, setiap kali kita jatuh, itu bukanlah pengakhiran. Itu adalah titik mula untuk belajar sesuatu yang baru. Kekuatan sebenar datang bukan dari kejayaan, tetapi dari kemampuan kita untuk bangkit setiap kali kita jatuh, untuk menjadi lebih kuat, lebih bijak, lebih peka. Setiap kesukaran adalah ruang untuk kita bertanya pada diri sendiri: "Adakah saya dah buat yang terbaik? Adakah saya cukup mendengar dan memahami? Adakah saya memberi impak yang positif?" Perkhidmatan awam ni adalah perjalanan yang tidak pernah ada noktah akhir. Setiap hari, kita akan belajar sesuatu yang baru, tentang orang lain, tentang diri sendiri, dan tentang bagaimana kita boleh memudahkan urusan dan menyelesaikan masalah melalui perkhidmatan kita. Kita mungkin tak nampak impaknya sekarang, tapi setiap langkah kecil yang kita ambil dalam perjalanan ini akan memberi kesan yang besar pada masa depan. Setahun di Huawei, buka minda saya tentang masa depan digital negara. Ini adalah kisah saya. Saya bersama Huawei Malaysia dari September 2024 hingga September 2025 di bawah program Cross Fertilisation JPA (saya sangat bersyukur kepada pihak JPA atas pelaksanaan program ini). Ini merupakan satu pengalaman yang betul-betul ubah cara saya tengok dunia bekerja dan teknologi masa kini. Saya berpeluang untuk membantu merealisasikan kerjasama antara Huawei dan Kementerian dan agensi kerajaan, khususnya Kementerian Digital dan beberapa agensi di bawahnya. Kami sama- sama berbincang dan bekerjasama untuk menjayakan inisiatif Bandar Pintar (Smart City), Keselamatan Siber, dan untuk memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara mampan. Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Madani untuk memajukan transformasi digital, baik dalam sektor awam mahupun swasta. Dengan menggunakan teknologi AI untuk pentadbiran yang lebih berkesan dan perancangan bandar pintar, perkhidmatan sektor awam disasarkan akan lebih pantas dan berkesan, mengurangkan birokrasi, dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Malaysia berhasrat untuk menjadi negara yang maju dalam AI menjelang tahun 2030. Kami telah mengaturkan lawatan kerja YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, ke Ibu Pejabat Huawei di Shenzhen pada Julai 2025. Semasa lawatan tersebut, beliau dan agensinya diberi peluang untuk memahami kejayaan Huawei dalam menyumbang kepada kejayaan perkhidmatan kerajaan di negara China. Mereka juga berpeluang melihat bagaimana National Command Centre dibangunkan (kini sedang dipertimbang untuk ditubuhkan di Malaysia), sebagai salah satu langkah penting dalam transformasi digital kita. Apa yang saya belajar? Bila sektor awam dan korporat jalan seiring, macam-macam benda hebat boleh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy