JPA Daily Buzz - Edisi 27 2025
m/s 2 Melalui program ini, pengalaman kerja bertahun-tahun boleh diterjemahkan kepada kelayakan akademik yang diiktiraf. Program ini juga menjimatkan masa dan kos, selain memberi keistimewaan kepada pegawai awam untuk menikmati insentif dalam bentuk bantuan separa pembiayaan yang diselaraskan oleh INTAN. Saya telah menyertai program APEL.Q Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) di City University dan berjaya menamatkan keempat-empat peringkat utama iaitu penyediaan portfolio, lawatan serta pengesahan lapangan, ujian cabaran, dan kajian capstone atau disertasi dalam tempoh minimum yang ditetapkan iaitu selama satu tahun enam bulan. Ia merupakan pengalaman yang amat bermakna dan luar biasa. Saya berpeluang untuk menimba ilmu bersama rakan-rakan yang hebat seperti Dr. Diyana Tan Sri Hassim, Ketua Komunikasi Korporat JPA, serta dibimbing oleh penyelia yang berdedikasi, Profesor Dr. Raemah Abdullah Hashim. Keseluruhan proses ini telah membangkitkan semula semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri saya. Program ini juga membuka lembaran baharu dalam perjalanan akademik serta profesional saya apabila saya telah dilantik sebagai Profesor Adjung di City University untuk terus menyumbang kepada pembangunan program APEL.Q. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr. Diyana Tan Sri Hassim yang akan membentangkan kertas penyelidikannya di persidangan anjuran Oxford University yang akan datang. Saya amat berharap agar lebih ramai pegawai awam akan mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian melalui laluan APEL.Q. Ia merupakan satu perjalanan transformasi yang membuktikan bahawa tiada noktah bagi pembelajaran selagi hayat masih dikandung badan. Dr. Ahmad Zafwan bin Sulaiman Ketua Unit Latihan Pasca Perkhidmatan, INTAN Profesor Adjung, City University Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy