JPA Daily Buzz - Edisi 27 2025

m/s 1 Edisi 27/ 2025 27 November 2025 Selepas menamatkan pengajian Sarjana Sains (Pengurusan) di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2014, saya sentiasa mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Namun, hanya selepas sepuluh tahun saya akhirnya mempunyai kekuatan untuk memohon Ijazah Kedoktoran melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2024, tetapi malangnya permohonan saya ditolak. Kegagalan tersebut, ditambah pula dengan kisah rakan-rakan yang menarik diri setelah beberapa tahun berkecimpung dalam pengajian kedoktoran kerana perjalanan pengajian ini dikatakan sunyi dan mencabar, membuatkan saya berasa ragu-ragu untuk meneruskan hasrat tersebut. Segalanya berubah apabila saya diperkenalkan kepada program APEL.Q sebagai salah satu inisiatif program pembelajaran sepanjang hayat di sektor awam oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). APEL.Q atau Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification merupakan program yang mengiktiraf pengalaman profesional sebagai sebahagian daripada laluan kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). BAGAIMANA APEL.Q MENGUBAH HIDUP SAYA Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy