JPA Daily Buzz - Edisi 15 2025

page 2 kerajaan kini menawarkan kursus atas talian dalam bidang kepimpinan, analisis data, serta tadbir urus digital. Webinar dan modul e-pembelajaran membolehkan pegawai awam menambah kemahiran walaupun hanya berada di meja kerja. Pembelajaran sepanjang hayat kini bukan sekadar slogan, ia merupakan peluang yang baik dan menjadi realiti yang inklusif dan fleksibel. Sesiapa sahaja kini boleh mendapatkan ijazah secara dalam talian. Usahawan kecil di Terengganu kini boleh belajar strategi pemasaran digital daripada pakar di Silicon Valley, manakala pegawai dasar di Sarawak boleh mengikuti kursus perancangan pembangunan mampan dari universiti di Finland. Inilah yang kita katakan ilmu tanpa sempadan. Terlalu Banyak Maklumat Menjadi Satu Cabaran Namun, di sebalik kemudahan maklumat di hujung jari ini, muncul satu cabaran besar, terlalu banyak maklumat dari perlbagai sumber. Setiap minit, berjuta- juta artikel, blog, dan hantaran media sosial muncul dalam talian. Dalam hal ini, tidak mudah membezakan antara fakta dan pendapat, antara pakar sebenar dan “pakar segera” di internet. Fenomena ini dikenali sebagai information overload, apabila jumlah maklumat melebihi kemampuan kita untuk menilai secara kritikal. Akibatnya, kita mudah berasa keliru, stres, dan kadangkala membuat keputusan yang salah. Bayangkan sahaja carian ringkas “diet terbaik untuk kurus.” Hasilnya? Beribu-ribu teori dan nasihat yang berbeza seperti diet keto, berpuasa, pengambilan pemakanan vegan atau rendah karbohidrat, semuanya mendakwa kaedah masing-masing paling berkesan. Dalam kekeliruan itu, ramai akhirnya hilang arah dan terjebak dengan eksperimen kesihatan yang tidak semestinya selamat. Bagi pegawai awam, keputusan dasar, strategi komunikasi, dan kepercayaan masyarakat bergantung kepada maklumat yang tepat dan sahih. Sekiranya laporan yang. dikongsi. dengan. orang awam tidak tepat, ini sudah tentu akan menimbulkan salah faham dan menjejaskan keberkesanan pelaksanaan dasar oleh Kerajaan. Semasa bencana seperti banjir atau kebakaran hutan, pegawai awam sering menerima pelbagai laporan dari media sosial, rakyat, dan saluran rasmi. Maklumat yang bercanggah boleh melambatkan tindak balas, pengagihan sumber yang tidak tepat, dan sudah tentu membahayakan nyawa. Begitu juga semasa Kerajaan memperkenalkan program vaksinasi atau inisiatif pemakanan baru. Data yang bercanggah atau disalah tafsir boleh menyebabkan orang awam menolak pelaksanaan program ini, walaupun ianya bermanfaat. Dalam konteks ini, kemampuan menilai dan mengesahkan maklumat dengan tepat bukan suatu pilihan, tetapi keperluan yang sangat penting. Menemui Keseimbangan di Era Digital Menjadi warga digital bukan sekadar celik teknologi, tetapi juga bijak menilai maklumat. Inilah yang disebut sebagai kebijaksanaan digital, iaitu kebolehan berfikir secara kritikal dan keupayaan untuk analisa maklumat dalam menerima dan menyebarkan maklumat tersebut. Kerajaan Malaysia melalui pelbagai inisiatif telah berusaha memberikan kesedaran dan melatih masyarat mengenai kebijaksanaan digital di mana Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan program literasi media yang melatih

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy