JPA Daily Buzz - Edisi 15 2025
Internet Sebagai Guru: Semakin Bijak atau Semakin Keliru? Suatu ketika dahulu, “membuat kajian” bermaksud menyelak ensiklopedia tebal atau menghabiskan masa berjam-jam di perpustakaan. Hari ini, hanya beberapa pautan dan akses di skrin sudah cukup. Internet kini menjadi “guru maya” paling mudah diakses, sangat berinformatif, dan sentiasa menjawab segala persoalan kita. Namun, di sebalik kemudahan ini, timbul persoalan penting, adakah kita sebenarnya semakin bijak atau semakin keliru? Kelas Tanpa Sempadan: Dunia Pembelajaran Baharu Tidak dapat dinafikan, internet telah merevolusikan cara kita belajar. Daripada belajar penggunaan Excel sehingga cara memasak nasi lemak, semuanya boleh dipelajari dengan hanya menonton video di YouTube atau TikTok EDU. Proses pembelajaran kini lebih visual, pantas dan interaktif, menjadikan ilmu yang kompleks lebih mudah difahami. Di Malaysia, perubahan ini semakin ketara sejak pandemik. Sekolah beralih ke Google Classroom dan Zoom, manakala platform seperti SPMflix, EduWebTV dan DELIMa menjadi alat penting dalam dunia pendidikan baharu. Guru pula semakin kreatif, ada yang menjalankan eksperimen sains melalui video pendek, tak kurang juga ada yang menggunakan media sosial untuk sesi perbincangan kelas, seterusnya membuka ruang pembelajaran tanpa had. Dalam hal ini, bukan pelajar sahaja yang meraih manfaat, malah pegawai awam juga semakin aktif menimba ilmu secara digital. INTAN dan pelbagai agensi m/s 1 Edisi 15/ 2025 6 November 2025 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy