JPA Daily Buzz - Edisi 15 2025
page 3 pelajar serta masyarakat untuk menyemak dan menilai kesahihan sesuatu berita dalam talian dan juga maklumat yang diperolehi melalui capaian dalam talian. Sementara itu, pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021– 2025 dan inisiatif MyDIGITAL di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran digital dan pengurusan data berintegriti dalam kalangan pegawai awam. Ia bukan sekadar melibatkan penggunaan teknologi, tetapi membina budaya integriti dalam penggunaan maklumat yang berasaskan tanggungjawab, ketelusan dan profesionalisme. Negara seperti Finland dan Estonia turut menunjukkan bahawa literasi digital boleh menjadi benteng utama terhadap penyebaran maklumat palsu yang mempupuk asas pemikiran kritikal sejak di bangku sekolah. Ilmu, Amanah dan Pemikiran Kritis Internet ialah platform ilmu yang luas, terbuka dan tanpa sempadan. Ia boleh menjadi sumber kebijaksanaan, tetapi juga boleh mengelirukan sekiranya tidak digunakan dengan bijak dan berhati-hati. Dalam konteks perkhidmatan awam, setiap maklumat yang diterima, dinilai dan disampaikan membawa nilai amanah, bukan sekadar kepada organisasi, tetapi kepada rakyat dan negara. Kerana pada akhirnya, kebijaksanaan bukan diukur pada kecepatan kita mendapatkan maklumat, tetapi pada ketepatan dan kebijaksanaan kita menggunakannya. Ilmu ialah cahaya yang menerangi, tetapi tanpa kebijaksanaan, ia juga boleh mengelirukan. Nurul Nadiah Begum JPA Daily Buzz Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy