JPA Daily Buzz - Edisi 57 2026
m/s 1 Kenapa Tayar Berwarna Hitam? Sudah agak lama saya tidak memandu jauh menggunakan lebuh raya PLUS menuju ke Johor. Dalam perjalanan itu, ketika fokus memandang jalan, mata saya tertarik kepada sesuatu yang sangat biasa. Tayar. Tiba-tiba terlintas satu persoalan. Kenapa tayar sentiasa berwarna hitam? Kenapa tidak merah jambu atau hijau atau warna-warna lain? Nampak seperti soalan kecil tetapi jawapannya sebenarnya sangat menarik. Pada asalnya, tayar tidak berwarna hitam. Ia sebenarnya berwarna putih, diperbuat daripada getah asli. Namun, tayar putih mempunyai kelemahan. Ia lebih lembut dan cepat haus. Tidak mampu menahan haba, tekanan dan geseran terutamanya untuk perjalanan jauh. Apabila kenderaan semakin laju dan perjalanan semakin jauh, daya tahan tayar menjadi sangat penting. Di sinilah pengeluar mula menambah sesuatu yang dipanggil carbon black . 30 April 2026 Edisi 57/ 2026 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Kru Buzz
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy