JPA Daily Buzz - Edisi 57 2026

Carbon black ialah bahan halus yang dicampurkan ke dalam getah untuk meningkatkan ketahanannya. Ia membantu tayar: menjadi lebih kuat; tahan haus; mengawal haba dengan lebih baik; dan bertahan lebih lama Secara ringkas, ia menukar tayar daripada sesuatu yang mudah rosak kepada sesuatu yang tahan dan boleh dipercayai. Lebih daripada itu, carbon black juga melindungi tayar daripada sinar UV. Tanpa perlindungan ini, cahaya matahari boleh merosakkan getah, menyebabkan retakan dan mengurangkan jangka hayat tayar. Jadi warna hitam itu bukan sekadar warna. Ia adalah perlindungan. Itulah sebabnya, sehingga hari ini, tayar kekal berwarna hitam. Bukan kerana kita tidak kreatif tetapi kerana warna itulah yang paling berfungsi. Bolehkah kita menghasilkan tayar berwarna lain? Boleh. Secara teknikal, ia tidak mustahil. Namun tayar berwarna: lebih cepat rosak; kurang tahan; dan lebih mahal untuk diselenggara Jadi pilihannya jelas. Bukan untuk kelihatan cantik tetapi untuk berfungsi dengan baik dan direka bukan untuk menarik perhatian, tetapi untuk bertahan. Apa yang bermula sebagai satu kekangan akhirnya menjadi satu standard . Lama- kelamaan, kita tidak lagi mempersoalkannya kerana ia berfungsi. Ia membuatkan saya berfikir. Dalam kehidupan, kita sering memberi perhatian kepada perkara yang kelihatan. Apa yang cantik dan mana yang menonjol. Tetapi seperti tayar apa yang benar-benar penting tidak semestinya apa yang kita nampak. Kadangkala, yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu itu berfungsi, berapa lama ia mampu bertahan dan berapa banyak ia mampu menanggung. Tekanan. Cabaran. Kesukaran. Kita tidak selalu memilihnya tetapi ia membentuk kita. Seperti carbon black yang menguatkan tayar, pengalaman menguatkan diri kita. Perlahan-lahan tanpa kita sedari. Ia mungkin tidak sentiasa selesa tetapi ia membina ketahanan diri. Itulah hakikatnya. Tidak semua perkara dalam hidup ini direka untuk kelihatan sempurna. Ada yang direka untuk bertahan. Jadi apabila kita berada di jalan raya mungkin kita boleh berhenti seketika untuk berfikir. Bukan hanya melihat apa yang jelas di depan mata tetapi menghargai apa yang berfungsi secara diam. Kadangkala apa yang kelihatan biasa sebenarnya menyimpan kekuatan yang luar biasa. m/s 2 Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy